Monday, 18 November 2013

BUTIRAN MESYUARAT BULANAN

BUTIRAN MESYUARAT BULANAN




JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG BESERI DALAM PERLIS.
01000 KANGAR, PERLIS
TEL : 04 9383379 / 0194709252

Kepada,
Tuan Pengerusi JKKK,
Tuan Setiausaha,
Tuan Bendahari,
Semua  AJK JKKK.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG BIL 9 / 2013.

Saya dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas dan sukacita menjemput tuan / puan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil  9 / 2013  yang akan diadakan seperti  ketetapan berikut:

                                    Tarikh              : 31 Okt  2013  (Khamis)
                                    Jam                 : 9.00 malam
                                    Tempat            : Bilik mesyuarat ,Dewan Beseri Dalam

2.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

            2.1       Ucapan Pengerusi
            2.2       Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 8 / 2013.
            2.3       Perkara- perkara berbangkit.
            2.4       Laporan kewangan.
            2.5       Program Khidmat Masyarakat.
            2.6       Program Pembangunan Kampung.
2.7       Hal-hal lain.

3.         Kehadiran tuan / puan amat dialu-alukan dan semoga dengan kehadiran tuan / puan dapat memberi sumbangan untuk meningkatkan lagi kemajuan kampung dan masyarakat setempat.


Sekian, terima kasih.


“BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT”
“DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,


…………………………………
(MAHIME BIN MAT ISA)
Setiausaha,
UMNO Cawangan Beseri Dalam,

Perlis.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG BESERI DALAM PERLIS.
01000 KANGAR, PERLIS
TEL : 04 9383379 / 0194709252

                                                                                                                             _____________________________________________________________________

MINIT  MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN KAMPUNG  KALI ……
TAHUN 2013.

Tarikh              : 30 Sept 2013  (Isnin)
Jam                 : 9.00 malam
Tempat            : Bilik mesyuarat,  Dewan Beseri Dalam, Beseri, Perlis.


KEHADIRAN :
  1. En Abd Hamid  b Hassan                                                  Pengerusi JKKK
  2. En Don b Musa                                                                    Tim Pengerusi JKKK
  3. En Mahime b Mat Isa                                                          Setiausaha
  4. En Norman b Umar                                                             Bendahari
  5. En Saidin b Ismail                                                               AJK
  6. En Ramli b Daud                                                                 AJK
  7. En Che Romli b Man                                                          AJK
  8. En Ali b Dahaman                                                               AJK                                        
  9. En Yahya b Bakar                                                               AJK
  10. Tg Nazim b Tg Saminan                                                    AJK
  11. En Yaziz b Hussein                                                             AJK
  12. En Husaini b Bu                                                                   AJK
  13. Pn Siti Zainab bt Ahmad                                                    AJK
  14. Pn Norwati bt Mohamad                                                    AJK
  15. Pn Norshitah bt Ismail                                                        AJK

AGENDA  1: UCAPAN PENGERUSI  (EN ABDUL HAMID BIN HASSAN)
1.1.  Pengerusi jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada semua  AJK yang hadir dalam mesyuarat  
pada kali ini dan memulakan mesyarat dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2.  Pengerusi memaklumkan bahawa tempoh masa AJK akan tamat pada bulan Disember nanti. Beliau
 berharap  Semua AJK dapat memegang amanah yang diberikan untuk memajukan kampung ini. Beliau juga berharap agar semua AJK dapat menyertai semua program yang dianjurkan oleh cawangan.

                1.4  Pengerusi menekankan banyak pekara yang perlu dikemaskini seperti rekod keluarga, data isi keluarga, penyusunan semula rumah kediaman dan lain-lain. Beliau juga berharap semua AJK  bekerjasama mewujudkan fail yang lebih teratur seperti :
                1.4.1       Fail penduduk
                1.4.2       Fail Mesyuarat JKKK
                1.4.3       Fail Pentadbiran JKKK
                1.4.4       Fail Pentadbiran Masjid & Surau
                1.4.5       Fail AM

                1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat pada malam ini tidak mempunyai agenda yang tersusun kerana setiausaha En Abd. Rahim b Darus telah meletak jawatan dan tidak mahu memegang sebarang jawatan dalam cawangan. Pengerusi menghormati keputusan beliau dan berharap jawatan tersebut akan diisi secepat mungkin.
                                                           Tindakan               : Makluman


AGENDA 2: PELANTIKAN SETIAUSAHA
                2.1 Pengerusi mencadangkan En Mahime b Mat Isa dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan En Abdul Rahim b Darus yang meletak jawatan. Semua AJK bersetuju dengan cadangan tersebut dan berkuat kuasa serta merta dan berharap agar setiausaha yang baru dapat menjalankan tugas dengan baik.
                                                          Tindakan               : Makluman

AGENDA 3: LAPORAN KEMAJAN KAMPUNG

                3.1 Pengerusi berharap semua AJK JKKK dapat memainkan peranan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh Kerajaan Negeri. Beliau menyenaraikan beberapa projek pembangunan yang telah dipohon bagi kemajuan kampung ini :
                3.1.1       Projek stor tanah perkuburan (permohonan kepada parlimen)
                3.1.2       Permohonan lampu jalan sebanyak 29 unit. 10 unit  telah dipasang di jalan utama.
                3.1.3       Permohonan jalan kampung
                                3.2.1       Jalan Lebai Man
                                3.2.2       Jalan Seri Hilir
                                3.2.3       Jalan Yunus Ismail
3.2 Pengerusi berharap agar AJK dapat memulakan Program Mengindahkan Kampung dengan menanam pokok-pokok bunga terutama di tepi-tepi jalan agar kampung bertambah cantik dan ceria. Program ini akan diperluas ke seluruh kampung. Beliau juga mencadangkan jalan-jalan kecil  kampung dilebel dengan papan-papan tanda.
3.3 Pengerusi memaklumkam bahawa mesyarat AJK cawangan, JKKK, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 04 Okt 2013 jam 9.00 malam. Beliau menjemput semua AJK hadir dalam mesyuarat tersebut.
                                          Tindakan               : Makluman

AGENDA  4: HAL- HAL LAIN
4.1 En Abdl Yaziz b Hussein ingin kepastian sama ada pemberian BRIM akan dibayar 2 kali setahun dan berharap penerima BRIM ditapis untuk penerima-penerima yang layak sahaja bagi mengelakkan ketirisan dalam pentadbiran.
4.2 En Romli b Man mencadangkan tidak perlu melantik iman dalam AJK JKKK kerana mereka tidak mempunyai masa untuk menghadiri mesyuarat JKKK. Pengerusi hanya perlu memaklumkan kepada pentadbiran masjid sekiranya ada program yang dijalankan berkaitan dengan program di masjid atau surau.
4.3 En Ramli b Daud memohon  AJK JKKK dapat membant melancarkan program-program yang di rancang di kampung kita. Beliau juga berharap setiap peruntukan yang disalurkan oleh pihak kerajaan diberkan kepada yang layak sahaja.                                                                                                                  Tindakan               : Setiausaha/ AJK
4.4 Pengerusi mencadangkan untuk memasang penghawa dingin di dalam bilik mesyuarat bagi kesempurnaan semasa bermesyuarat dengan menggunakan dana simpanan AJK JKKK. Semua AJK JKKK bersetuju dengan cadangan tersebut..
                                             Tindakan               : Setiausaha

                4.5 En Saidin b Ismail memberi pandangan tentang projek kerajaan yang lembab dan tidak dirancang untuk jangka masa yang panjang. Beliau mencontohi perancangan Tun Dr Mahathir yang mempunyai pandangan jauh dan bersistemetik. Beliau memberi contoh tentang Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Jambatan Pulau Pinang, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan lain-lain. Projek-projek mega ini dulu dikatakan pembaziran tetapi kini projek ini membuka mata semua orang kepentingannya.
                                                                                   Tindakan               : Makluman
                4.6 Pengerusi mencadangkan diadakan satu gotong- royong diadakan bagi membersihkan rumah tuan Imam Abdullah b Abd Rahman (Imam 2) dengan kerjasama semua AJK JKKK.
                                                                                 Tindakan               : Makluman
                4.7 En Yaziz b Hussein mencadangkan pokok-pokok jati yang ditanam di tepi jalan ditebang kerana berbahaya kepada pengguna jalan raya. Ramai yang telah menjadi korban di sepanjang jalan kerana kemalangan mereka melanggar pokok tersebut.
                                                                               Tindakan               : Makluman
4.8 Puan Siti Zainab memaklmkan bahawa kursus pengurusan Jenazah akan diadakan dan dibka kepada masyarakat setempat. Beliau akan memaklumkan tarikh kursus dan tempat pada masa yang akan ditetapkan.
                                                                  Tindakan               : Ketua Wanita / Puteri                       
               
Sekian, terima kasih.

“BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT”
“DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Disediakan oleh,                                                           Disahkan oleh

…………………………………                                     …………………………………
(MAHIME BIN MAT ISA)                                            (EN ABD HAMID BIN HASSAN)
SETIAUSAHA,                                                              PENGERUSI JKKK
CAWANGAN KG BESERI DALAM PERLIS               CAWANGAN KG BESERI DALAM PERLIS

No comments:

Post a Comment