Monday, 21 April 2014

PERSIDANGAN MESYUARAT CAWANGAN 2013



PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
CAWANGAN BESERI DALAM, BESERI,
PERLIS
 

                                                                                                            Tarikh :10 April 2014

Kepada,

Semua Ahli UMNO
Cawangan Beseri Dalam,  Beseri
Perlis

Tuan / puan / saudara / saudari,

NOTIS PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN BESERI DALAM, PERLIS

Dengan hormatnya dimaklumkan, bahawa sesuai dengan Fasal 17.3 dan Fasal 17.5 tugas-tugas persidangan maka Persidangan Cawangan akan diadakan  seperti berikut  :

                   Tarikh                        :   25 / 04 / 2014  (Jumaat)
                        Masa              :   8.30 malam
                        Tempat          :   Dewan Beseri Dalam,Perlis.
                                     

2.       Oleh yang demikian, tuan / puan / saudara  / saudari dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli UMNO Cawangan.

3.       Kehadiran semua yang terlibat adalah sangat-sangat dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

4.       Bersama-sama ini disertakan Aturcara Urusan Persidangan sebagai rujukan.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU ,  BERSETIA,  BERKHIDMAT”
                                               
           
………………………………..                        
(MAHIME BIN MAT ISA)
Setiausaha,
UMNO Cawangan Beseri Dalam,
Beseri, Perlis.

s.k :  1) Setiausaha UMNO Bahagian
        2) YB/Dato’ Pengerusi Penyelaras UMNO Kawasan

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO BAHAGIAN PADANG BESAR

ATURCARA  PERSIDANGAN CAWANGAN

1.    Ucapan Aluan Pengerusi Tetap / Pengerusi Majlis
2.    Bacaan Doa
3.    Setiausaha Cawangan mengumumkan jumlah ahli cawangan dan bilangan ahli yang hadir persidangan
4.    Ucapan Ketua UMNO Cawangan
5.    Pesanan Pengerusi Tetap Persidangan mengenai Tatacara   Persidangan
6.    Membentang Peringatan Persidangan Cawangan tahun lalu
7.    Membentang Penyata Tahunan Cawangan
8.    Membentang Penyata Kewangan Cawangan Yang Berakhir 31/12/ 2013

9.    Memilih / melantik Wakil Cawangan ke Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian 2014 Fasal 17.5.6. (Ketua cawangan / ketua Wanita / Ketua Pemuda dan Ketua Puteri cawangan Automatik Fasal 14.4.3 dan 14.4.6) Perlembagaan UMNO
         
10. Membahas Usul-Usul untuk dikemukakan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO
    Bahagian
11.Tangguhan persidangan
12. Ucapan penangguhan
13. Ucapan Wakil Bahagian yang ditetapkan oleh UMNO Bahagian
14. Persidangan ditangguhkan
  

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
CAWANGAN BESERI DALAM, BESERI,
PERLIS


 
SENARAI JAWATANKUASA PENGURUSAN CAWANGAN

PENGERUSI TETAP             : EN SAIDIN BIN ISMAIL
TIM  PENGERUSI TETAP    : EN ALI BIN MAN

KETUA CAWANGAN             : EN ABDUL HAMID B HASSAN
TIM KETUA CAWANGAN     : EN DON B MUSA

SETIAUSAHA CAWANGAN : EN MAHIME BIN MAT ISA
BENDAHARI CAWANGAN   : EN NORMAN BIN UMAR
PENERANGAN                       : EN YAHYA BIN BAKAR

KETUA WANITA                    : PN SITI ZAINON @ SITI ZAINAB B AHMAD


AHLI JAWATANKUASA        :EN RAMLI B DAUD
                                                  EN SHAHIDAN B ARBANGI
                                                  EN ALI B DAHAMAN
                                                  EN SAAD B MAT
                                                  MOHD HUSAINI B BU
                                                  PN NORSHITAH BT ISMAIL
                                                  PN SURIYATI BT MAT ISA
                                                  PN NORWATI BT MOHAMAD
                                                  PN SURAYA BT SHARIFF
                                                  PN SEPIAH BT BAKAR
                                                  PN ROHANI BT JASIN

AJK DILANTIK                       : EN CHE ROMLI B MAN

PEMERIKSA KIRA-KIRA      : EN NOOR JAZILUDDIN BIN MOHD NOOR
                                               
                                                   PN ZAWIYAH BT ZAKARIA

 

MINIT MESYUARAT PERSIDANGAN AGUNG  UMNO
CAWANGAN BESERI DALAM , PERLIS TAHUN 2013


 


TARIKH         :   23 /08 / 2013  (JUMAAT)
MASA             :   9.00 MALAM
TEMPAT         :   DEWAN BESERI DALAM, KG BESERI DALAM, PERLIS.     
KEHADIRAN :  56 ORANG


1.



UCAPAN ALUAN PENGERUSI TETAP

1.1
En Mahime b Mat Isa selaku Pengerusi Tetap mengalu-alukan kedatangan ahli mesyuarat yang dapat meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli UMNO.
1.2
Menyatakan telah ramai ahli UMNO yang kembali ke Rahmatullah, ini menunjukkan usia kita semakin hari semakin meningkat dan begitu juga usia UMNO telah melebihi 50 tahun
1.3
Hingga kini UMNO sajalah yang memperjuangkan Islam,  memperjuangkan hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
1.4
Berharap kita semua terus menyokong UMNO demi perjuangan Islam dan bangsa Melayu.

2.
BACAAN DOA
2.1
Tuan Pengerusi memohon semua ahli mesyuarat membacakan Al-Fatihah dan seterusnya melafazkan doa untuk mendapat keberkatan Illahi dan dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang telah kembali ke Rahmatullah.

3.
SETIAUSAHACAWANGAN MENGUMUMKAN JUMLAH AHLI CAWANGAN DAN BILANGAN AHLI YANG HADIR PERSIDANGAN

3.1
Setiausaha mengumumkan jumlah ahli UMNO cawangan seramai 206 orang dan bilangan ahli yang hadir persidangan seramai 56 orang (lelaki 22 orang dan wanita 34 orang)

4.
UCAPAN KETUA UMNO  CAWANGAN (EN ABDUL HAMID B HASSAN)

4.1
Mengingatkan ahli mesyuarat untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional untuk mempastikan kerajaan yang ada sekarang terus memerintah.
4.2
Sekiranya DAP terus memerintah, mereka akan jadikan negara ini sebuah republik.  Kemungkinan agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi dan sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu dihapuskan.
4.3
Karpal Singh telah menyatakan selagi ia hidup, beliau akan mempastikan bukan Melayu akan menjadi Perdana Menteri.
4.4
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang berkerjasama dalam PRU ke-13 dan memastikan kemenangan dalam PRU 13.
4.5
Sekarang kita telah mendapat pelbagai kemudahan, kemajuan dan bantuan-bantuan daripada kerajaan.
4.6
Sebagai ahli lama dalam UMNO,  seharusnya kita dapat membezakan janji-janji yang ditabur oleh pembangkang.
4.7
Kita juga perlu mengingatkan kepada anak-anak muda yang sudah boleh mengundi untuk menyokong Barisan Nasional dalam PRU 14.


5.
PESANAN PENGERUSI  TETAP  PERSIDANGAN MENGENAI TATACARA PERSIDANGAN (EN MAHIME BIN MAT ISA)

5.1
Mengingatkan ahli-ahli mesyuarat tentang peraturan-peraturan mesyuarat.
5.2
Berharap perjalanan mesyuarat kali ini berjalan lancar dan sempurna.
5.3
Meminta ahli mesyuarat dapat menunggu sehingga selesai.



6.
MEMBENTANG  PERINGATAN PERSIDANGAN CAWANGAN TAHUN LALU

6.1
Setiausaha membentang Peringatan Persidangan Cawangan bagi Tahun  2013 sebanyak 6 halaman (muka surat 3 hingga 8) tanpa sebarang pindaan.


7.
MEMBENTANG PENYATA KEMAJUAN TAHUNAN CAWANGAN
7.1
Setiausaha membentangkan penyata tahunan bagi Tahun 2013 yang merangkumi :
a) Laporan Kemajuan UMNO Cawangan (Muka Surat 9 & 10)


8.
MEMBENTANG  PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR 31/12/2013
8.1    En Norman b Umar selaku bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada  31 /12/2013 (Rujuk Muka Surat 11)

9. MEMILIH / MELANTIK PENGERUSI TETAP CAWANGAN, TIMBALAN     PENGERUSI TETAP CAWANGAN, KETUA CAWANGAN, TIMBALAN KETUA CAWANGAN, 15 ORANG AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN DAN 2 ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA CAWANGAN BAGI TAHUN 2013 HINGGA 2016

PENGERUSI TETAP                        : EN SAIDIN BIN ISMAIL
Cadangan  : En Abd Hamid b Hassan
Sokongan  : En Don b Musa

TIM  PENGERUSI TETAP   : EN ALI BIN MAN
Cadangan  : En Ali b Dahaman
Sokongan  : En Ramli b Daud

KETUA CAWANGAN                       : EN ABDUL HAMID B HASSAN
Cadangan  : En Che Romli b Man
Sokongan  : En Yahya b Bakar

TIM KETUA CAWANGAN   : EN DON B MUSA
Cadangan  : En Norman b Umar
Sokongan  : En Mohd Husaini b bu


AHLI JAWATANKUASA        :EN RAMLI B DAUD
                                                EN MAHIME BIN MAT ISA
                                                EN NORMAN BIN UMAR
                                                EN YAHYA BIN BAKAR
                                                 EN SHAHIDAN B ARBANGI
                                                 EN ALI B DAHAMAN
                                                 EN SAAD B MAT
                                                 MOHD HUSAINI B BU
                                                 PN NORSHITAH BT ISMAIL
                                                 PN SURIYATI BT MAT ISA
                                                 PN NORWATI BT MOHAMAD
                                                 PN SURAYA BT SHARIFF
                                                 PN SEPIAH BT BAKAR
                                                 PN ROHANI BT JASIN
                                                PN SITI ZAINON @ SITI ZAINAB B AHMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA      : EN NOOR JAZILUDDIN BIN MOHD NOOR
                                               
                                                  PN ZAWIYAH BT ZAKARIA



10
   MEMILIH WAKIL CAWANGAN KE MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN 2013 FASAL 17.5.6 (KETUA CAWANGAN/KETUA WANITA/KETUA PEMUDA DAN KETUA PUTERI) AUTOMATIK

  Setelah diadakan pemilihan,  nama yang terpilih mewakili cawangan ke Mesyuarat   Perwakilan UMNO Bahagian ialah :

10.1
En. Abdul Hamid b Hassan
10.2
En. Don  b Musa
10.3
En. Mahime b Mat Isa
10.4
En. Che Romli b Man
10.5
Pn. Siti Zainon @ Siti Zainab bt Ahmad



11
USUL-USUL PERSIDANGAN AGUNG UMNO CAWANGAN BESERI DALAM, TAHUN 2013

11.1
Memandangkan sejak kebelakangan ini projek pembangunan di kampung ini agak lembab tapi, dalam masa yang sama kampung-kampung yang lain mendapat berbagai projek pembangunan. Ini dikira tidak seimbang dari segi pengagihan projek. Menyedari hakikat ini maka persidangan UMNO yang bersidang pada kali ini mendesak pihak kerajaan negeri mengimbangan pelaksanaan projek sama rata kepada cawangan- cawangan.

Usul asal di bawa oleh En Ramli b Daud.

11.2
Bahawa persidangan UMNO pada kali ini mendesak pihak-pihak yang berkenaan menyelaraskan segala urusan berkaitan dengan Jabatan Tanah Dan Galian hendaklah diproses di Jabatan tersebut. Ini kerana buat masa sekarang urusan tersebut terpaksa melalui proses banyak jabatan.Sebagai contoh untuk menguruskan pembahagian tanah ,pelanggan terpaksa berurusan dengan Jabatan hasil ,jabatan penaik,Jabatan sumpah dan lain-lain .Keadaan demikian akan menyusahkan  pelanggan .

Usul asal dibawa oleh En Che Romli bin Man

11.3
Bahawa persidangan UMNO pada kali ini bersetuju mendesak Kerajaan Negeri Perlis ,supaya memperketatkan syarat penjualan tanah kepada orang luar dari Negeri Perlis,ini disebabkan terlalu banyak tanah dalam negeri dibeli oleh orang luar.Lama kelamaan rakyat Negeri Perlis tidak memiliki tanah.

Usul  asal dibawa oleh En. Saidin bin Ismail

11.4
Memandangkan sejak kebelakangan ini ,terdapat terlalu banyak jenayah beraT berlaku di negara ini,terutama  berlakunya kes tembak yang melibatkan senjata  api.Ini mengambarkan seolah negara  kita sudah tidak selamat dari segi keselamatan rakyatnya.Menyedari hakikat tersebut,persidangan UMNO bersidang pada kali ini ingin mendesak pihak keselamatan supaya memperketatkan kawalan terutama di kawasan sempadan negara.

Usul asal dibawa oleh En.Don bin Musa

12
TANGGUHAN PERSIDANGAN
12.1
Setiausaha mencadangkan Mesyuarat Agung UMNO kali ini ditangguhkan.


13
UCAPAN PENANGGUHAN
13.1
En Abdul Hamid b Hassan  (Ketua Cawangan)

-          Bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada ahli mesyuarat yang dapat menyempurnakan tanggungjawab mengikut perlembagaan yang ditetapkan
-          Usul- usul yang dibawa pada hari ini ada relevan dengan isu-isu yang ada sekarang


13.2
En Mahime b Mat Isa (Pengerusi Tetap Sementara)

-          Berharap JKKK dapat memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan masyarakat
-          Berterima kasih kepada ahli mesyuarat yang memberikan kerjasama menjayakan mesyuarat kali ini.



14
UCAPAN WAKIL BAHAGIAN (YBHG. CHE DIN BIN CHE ISHAK)

14.1
Menyatakan cawangan ini amat bertuah kerana Ketua Cawangan adalah seorang yang kuat bekerja, pernah menjadi EXCO kerajaan negeri, wakil rakyat dan memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri.
14.2
Berterima kasih kerana mesyuarat dapat diadakan dengan lancar dan memuaskan

15


PENANGGUHAN
Persidangan UMNO cawangan  telah ditangguhkan tepat jam  11.00 malam
Disediakan oleh,

……..…………………….                                                 
(MAHIME BIN MAT ISA)
Setiausaha UMNO,
Cawangan Beseri Balam,
Perlis.

Disemak oleh,


………………………………………………..
(EN ABDUL HAMID BIN HASSAN)
Ketua UMNO,
Cawangan Batu Hampar Beseri,
Perlis.
 
 

PENYATA KEMAJUAN TAHUNAN CAWANGAN

a)   LAPORAN  UMNO CAWANGAN


1. Mesyuarat jawatankuasa UMNO cawangan telah diadakan sebanyak 9 kali    iaitu pada :
1.1  22/02/2013 (Jumaat)
1.2  30/03/2013 (Sabtu)
1.3  24/05/2023 (Jumaat)
1.4  26/07/2013 (Jumaat)
1.5  23/08/2013 (Ahad)
1.6  17/09/2013 (Khamis)
1.7  04/10/2013 (Jumaat)
1.8  31/10/2013 (Khamis)
1.9  29/11/2013 (Jumaat)

b)  PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG



1.    Baik pulih semula jalan kampung, mulai Jalan Ismail b Bakar hingga berhampiran Sungai Abi serta jalan- jalan berhampirannya. Jalan tersebut rosak akibat hakisan semasa banjir.

2.    Mengali serta membersihkan parit tepi jalan besar supaya air yang bertakung dapat mengalir dengan sempurna.

3.    Membina parit dan membersihkan pokok-pokok rumbia di Sungai Seri dan sekitarnya.

4.    Menaik taraf lantai di Dewan Beseri Dalam.

5.    Membaiki dan baik pulih rumah melalui bantuan baitulmal. Antaranya:

5.1         Rumah En Abdul Rahim b Mohammad
5.2         Rumah Mohd Fikri b Bahari
5.3         Rumah Sabri b Husin

6.    Membaiki dan baik pulih rumah melalui bantuan Nadi Kasih . Antaranya:
6.1         Rumah Zaharah bt Jaafar
6.2         Rumah Jasmi b Sudin
6.3         Rumah Faridah bt Ya

c)  BANTUAN PERUNTUKAN PARLIMEN

1.    Bagi tahun 2013 cawangan ini telah memperolehi peruntukan dari Parlimen Padang Besar iaitu:
I.             Meja lipat (kayu) sebanyak 10 buah
II.           Kerusi plastic  30 buah
III.         Khemah 1 buah

D)  GOTONG-ROYONG

1.    Pihak jawatankuasa telah melaksanakan program gotong-royong. Kawasan yang telah dibersihkan adalah:
1.1         Jalan Seri Hilir
1.2         Jalan Paloh Tok Salim
1.3         Kawasan perkuburan
1.4         Dewan Beseri Dalam
1.5         Rumah Abdullah b Abd Rahman
1.6         Jalan Tepi Sungai Abi
1.7         Masjid Janatul Naim

E)  PROGRAM  SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN
    1. Mengadakan program berpaut Kasih. Program ini merupakan anjuran  RELA bersama Jawatankuasa Kampung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

1.1  Bowling Padang
1.2  Jaring bola netball
1.3  Baling bola ke arah tin
1.4  Kerusi Muzik
1.5  Balut ketupat
1.6  Mewarna kanak-kanak

2.    Mengadakan lawatan sambil belajar ke Songkla dan Hatyai. Program ini anjuran UMNO Cawangan bersama jentera pilihanraya ke-13. Seramai 30 orang pesarta telah terlibat.

3.    Mengadakan program Mesra Jiran. Program ini anjuran bersama AJK cawangan bersama JASA serta KEMAS. Program ini melibatkan wanita dibuat secara santai melalui acara masakan dan permainan serta sumbangan kepada individu tertentu.Rumah yang telah dipilih adalah:

3.1      Rumah Hassan b Mat
3.2         Rumah Sepiah bt Bakar
3.3         Rumah Roslan b Bidin

4.    Ceramah Peningkatan Pengeluaran Hasil Padi dengan kerjasama PPK dan BERNAS kepada petani-petani dalam Kg Beseri Dalam. Program ini diadakan di dewan Kg Beseri Dalam.

Direkod dan disediakan oleh:


…………………………………………………
(MAHIME BIN MAT ISA)
Setiausaha UMNO
Cawangan Beseri Dalam,
Kawasan Santan, Perlis.





PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
CAWANGAN BESERI DALAM, BESERI,
PERLIS


 



PENYATA KEWANGAN CAWANGAN
MULAI 01 JANUARI 2013 HINGGA 31 DISEMBER 2013

BIL
PEROLEHAN 2013
RM
BIL
PERBELANJAAN 2013
RM
1
Baki Tahun 2012
RM128.00
1
Penyata Persidangan UMNO Cawangan kali ke-25
RM102.00
2
Sumbangan Parlimen Padang Besar
RM100.00
2
Makan dan minum Persidangan UMNO Cawangan kali ke-25
RM420.00
3
Sumbangan Ketua Cawangan
RM400.00







Baki

RM106.00

JUMLAH BESAR
RM628.00

JUMLAH BESAR
RM628.00



Disediakan Oleh:



……………………………………..
(NORMAN BIN UMAR)
Bendahari UMNO
Cawangan Kg Beseri Dalam, Perlis.

Disahkan Oleh:                                                                   Disahkan Oleh:


…………………………………                                                        ……………………………
EN NOOR JAZILUDDIN BIN MOHD NOOR                                               PN ZAWIYAH BT ZAKARIA
Pemeriksa kira-Kira                                                              Pemeriksa kira-Kira






USUL-USUL PERSIDANGAN AGUNG UMNO CAWANGAN BESERI DALAM, PERLIS TAHUN 2014


Usul 1:  
Bahawa Persidangan UMNO pada kali ini mencadangkan agar Yang Berhormat (Wakil Rakyat) menunggu sehingga tamat mesyuarat yang sedang berjalan untuk memudahkan YB menjawab dan mendengar setiap masalah yang dikemukakan oleh ahli-ahli dalam cawangan .

Usul asal dibawa oleh En Che Romli bin Man.


Usul 2: 
Mengesa agar YAB yang dipilih sebagai Menteri Besar mestilah yang berdampingan rapat dengan  masyarakat agar masyarakat setempat mengenali Menteri Besar yang dilantik.

Usul asal dibawa oleh Saidin bin Ismail.


Usul 3: 
UMNO  Kg Beseri Dalam mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Hari Pemimpin Bersama Rakyat agar masalah masyarakat dapat disalurkan kepada pihak – pihak tertentu.

Usul asal dibawa oleh  Ramli bin Daud


Usul 4: 
Mengkaji semula pemberian geran tanah dengan premium yang munasabah mengikut nilai tanah.Geran yang diberi hendaklah kekal selama- lamanya bukan mengikut tahun- tahun tertentu. Pembelian tanah oleh individu bukan anak Negeri Perlis juga harus disekat.

Usul asal dibawa oleh En Saidinb  Ismail.


Usul 5: 
Pelarian Rohinya perlu dihantar pulang semula ke negara asal mereka agar kerajaan kita tidak perlu menanggung kos perbelanjaan semasa dalam tahanan.

Usul asal dibawa oleh En Saidin b Ismail.






No comments:

Post a Comment