Monday, 18 November 2013

AKTIVITI SEMASA




AKTIVITI SEMASA




            

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG BESERI DALAM PERLIS.
01000 KANGAR, PERLIS
TEL : 04 9383379 / 0194709252




Kepada,                                                                                       JKKK KBD (  03  ) /2013
Tuan Pengerusi JKKK,                                                                06 November 2013
Tuan Setiausaha,
Tuan Bendahari,
Semua  AJK JKKK.
Tuan / Puan,

Tuan / Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS GOTONG - ROYONG DI RUMAH TN HJ ABDULLAH BIN ABD RAHMAN (TUAN IMAM)

Merujuk perkara yang tersebut di atas .

2.         Berhubung dengan perkara di atas, saya dengan segala hormatnya menjemput tuan/ puan ke majlis gotong-royong yang akan diadakan seperti butiran berikut:

                        Tarikh             : 09 November  2013  (Sabtu)
                        Jam                : 8.30 pagi
                        Tempat         : Pekarangan rumah Tn Hj Abullah b Abdul Rahman

3.         Program ini adalah aktiviti bulanan anjuran JKKK bagi merapatkan silaturahim antara penduduk kampung yang dijalankan secara berterusan. Tuan /puan diminta membawa peralatan yang bersesuaian untuk melancarkan aktiviti tersebut.

4.         Kehadiran tuan / puan amat dialu-alukan dan semoga dengan kehadiran tuan / puan dapat memberi sumbangan bagi meningkatkan lagi kemajuan kampung.

Sekian, terima kasih.

“1 MALAYSIA”
“RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………
(MAHIME BIN MAT ISA)
Setiausaha,
JKKK Beseri Dalam,
Perlis.

No comments:

Post a Comment