KEISTIMEWAAN PERSEKITARAN

PENGINAPAN SUNGAI PAYA CHALET , KG BESERI DALAM, PERLIS.
Penginapan
Sg.Paya Chalet adalah Inap desa ( bukan homestay ) di kawasan perkampungan Melayu yang
menghadap sawah padi.
Pemandangan di hadapan chalet.
Anda akan menikmati suasana kampung dengan kawasan berpagar, menghadap bukit dan kawasan sawah padi. Nun jauh di sana adalah Banjaran Nakawan merupakan sempadan Malaysia/Thailand. Bagi yg minat memancing sila bawa bersama joran dan umpan manalah tahu anda dapat mengail ikan sebarau di Sungai Korok belakang chalet kami.
Lokasi Penginapan Sungai Paya Chalet , BESERI DALAM

, PERLIS :
L/k 12km dari Bandar Kangar ke arah utara (Padang Besar).
Dari Bandar Kangar bermula bulatan juble emas ke arah utara melalui Jalan Kaki Bukit(7) ke Padang Besar. Pada km10 anda akan menemui Stesyen minyak Shell(sebelah kanan) dan teruskan perjalanan anda akan jumpa Lampu Isyarat dan Balai Polis Beseri(sebelah kanan). Teruskan perjalanan akan jumpa lampu Isyarat simpang ke kiri Jalan Kg.Darat-Padang Melangit R114 (Jalan Che Yop). Masuk kiri jalan tersebut L/k 2 km akan menemui Masjid Jannatunnaim Sg.Paya. Masuk jalan mini tar l/k 100m ada pintu pagar kuning di situlah Penginapan Sg.Paya Chalet.

Kami
menyediakan Bilik-bilik penginapan berkonsep roomstay(tiada ruang tamu)
tetapi disediakan tempat bersantai dan dapur secara berasingan).
Waktu masuk 2.00ptg dan keluar jam 12 tgh.hari.
Bilik Biasa :
Luas bilik 12'x12'
1 katil kelamin ,
berhawa dingin dengan bilik air di dalam.
Kadar sewa RM80/hari.
Bilik Famili/Dorm:
Luas bilik 14x24'
4 katil bujang
Berhawa dingin dengan bilik air di dalam.
Kadar sewa RM120/hari.
Kalau nak masuk 8 orang tak masaalah dengan membawa toto dan bantal sendiri.
Dapur luar dengan kelengkapan pinggan mangkuk,peti ais tong gas dan tempat BBQ ada disediakan secara percuma kepada penginap.

KEISTIMEWAAN PERSEKITARAN KAMPUNG
Lokasi yang harus anda lawati di Perlis
Ladang Tebu Chuping
Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.
Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.

Taman Ular Dan Reptilia
Taman Ular ini
diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular
yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan
Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada
20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya, biawak,
kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.
Taman Ular dan Reptilia , (Jalan Bukit Ayer/Pdg.Golf)Sg.batu Pahat, Perlis. (Bersebelahan Padang Golf ).

Mempelam Harumanis
Ladang mempelam
harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri
Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat.
Mempelam ini telah dikenalpasti hanya sesuai ditanam di Negeri Perlis
sahaja. Rasanya yang manis dan mempunyai aroma wangi isi buahnya yang
tersendiri menjadi rebutan setiap musim yang hanya boleh dinikmati
setahun sekali sekitar bulan Mac – Jun
sahaja. Jangan terkejut kalau harganya mungkin mencecah RM20/kilo.
Pastikan "HARUM MANIS" kerana banyak mempelam yang hampir sama
menyerupainya namun rasanya tidak seenak Mempelam "Harum Manis".
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis. Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan.
Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.
Makanan Laut
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar. Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.
Padang Besar

Padang Besar
terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan
Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk dan keluar utama penduduk
negara ini ke negara jiran.
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.

Lokasi lain yang perlu dilawati...
Taman herba ,Bukit Ayer. 10km sahaja untuk sampai di sini melalui Jalan kaki Bukit dan Jalan Abi Batas Paip/Jalan Bukit Ayer. Terdapat pelbagai spesis pokok-pokok herba terdapat untuk anda kenali. bersebelahan taman ini telah dibina sebuah kompleks SPA/urutan badan yang disediakan oleh Jabatan Hutan Negeri Perlis.

Kolam mandi (percuma) di Hutan Lipur Jalan Bukit Ayer, Sg Batu Pahat. Hanya l/kurang 10km untuk sampai di sini dari Sg.Paya Chalet melalui jalan Kaki Bukit arah Kangar dan tiba di lampu isyarat simp 4 masuk ke jalan Abi Batas Paip ke arah jalan Bukit Ayer/Batu Pahat..dan terus sampai penghujung jalan akan sampai ke destinasi ini. Sebelum itu anda pasti akan melalui Ladang Mempelam, ladang anggur, Taman herba. Air ini berpunca dari kawasan bukit banjaran Nakawan. Maaflah kalau musim tiada hujan maka tempat ini juga turut keringlah...

Ladang Anggur di Jalan Bukit Ayer , Perlis.

WANG KELIAN...
PASAR (NAT) SABTU & AHAD DI WANG KELIAN..PELUANG ANDA UNTUK
MENJEJAKKAN KAKI DI BUMI THAILAND TANPA PERLU MEMBAWA SEBARANG DOKUMEN
PERJALANAN. PADA HARI SABTU DAN AHAD SAHAJA PIHAK IMIGRESEN MEMBENARKAN
PELANCONG MALAYSIA/THAILAND MENYEBERANGI SEMPADAN SEJAUH L/K 2KM
SAHAJA.UNTUK MEMBELI BELAH PEKAN SEHARI (nat)SAMADA DI SEBELAH THAILAND
ATAU MALAYSIA (RAKYAT THAI). DI SINI JUGA TERDAPAT SEBUAH KOMPLEKS BEBAS
CUKAI WANG KELIAN BERSEBELAHAN KOMPLEKS IMIGRESEN.
Peringatan; pastikan barangan yang dibeli bukan barang dilarang.
Mungkin sesetengah barangan dikenakan sedikit cukai.
Peringatan; pastikan barangan yang dibeli bukan barang dilarang.
Mungkin sesetengah barangan dikenakan sedikit cukai.
GUA KELAM (1)
Terletak berdekatan Pekan Kaki Bukit arah utara dari Bandar Kangar yang diurus oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.Sebuah tempat perkelahan sambil melawat ke dalam gua laluan jambatan gantung di dalam gua sejauh 300 meter. Anda akan menemui taman lama (secret garden) , ladang ternakan rusa dan berehat menikmati keindahan pokok hutan hujan-hujan yang memenuhi kawasan tersebut

Gua Kelam II ,
Anda akan melihat Banjaran Nakawan dan memasuki gua menaiki keretapi elektrik ke dalam gua.
Nota: Ketika ini Gua Kelam2 masih ditutup untuk kerja baikpulih.

MATRI..
MAAHAD ATTARBIAH ALISLAMIAH ,TUNJUNG ,PERLIS.
l/k 2km sahaja dari SG.PAYA CHALET.

Sekiranya anda ada banyak wang, tak tau di mana nak disalur / dilaburkan sebagai saham akhirat maka di sinilah tempatnya.

http://www.yayasanmatri.webs.com/ atau maklumat lanjut mengenai MATRI sila layari http://www.srimmatri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment